KUALA SELANGOR: "Pemimpin yang akan dipilih nanti, tolong bela kami."
Itu luahan penduduk Kampung Asahan, di sini, ekoran pembinaan projek lebuh raya berhampiran kampung mereka sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ketua Kampung Asahan, Mohamad Gemok, 66, penduduk berasa amat kecewa dengan tindakan kontraktor pembinaan lebuh raya terbabit yang didakwa cuai memotong tebatan banjir berhampiran Sungai Kuala Selangor sehingga menyebabkan banjir besar pada Disember 2021 lalu.
Tebatan banjir dipotong
"Selama dia (kontraktor) masuk buat pembinaan di sini, (mereka) tak pernah berjumpa dengan orang kampung, penghulu ke, tak pernah bawa berbincang. Sampailah berlakunya banjir besar pada tahun 2021.
"Banjir besar itu adalah kerana kecuaian kontraktor (kerana) dia pecahkan ban (tebatan banjir), sedangkan ban itu sudah 50 tahun.
"Saya orang asal di sini, mula buka kampung ini tahun 1969. Ban itu dibina pada tahun 1972, memang kukuh dan teguh. Tak pernah kami (dilanda) banjir sampai macam itu," katanya.
Dakwa Mohamad, tebatan banjir itu dipotong untuk kerja-kerja pembinaan tapak lebuh raya ketika musim tengkujuh melanda negeri itu.
Hanya dalam tempoh beberapa bulan ketika pembinaan tapak lebuh raya itu, Sungai Kuala Selangor melimpah akibat hujan berterusan dan menyebabkan kawasan kampung tenggelam.
"Habis harta benda kami. Selepas itu, dia (kontraktor) langsung tak kisah orang kampung kena banjir; dia langsung tak peduli.
"Kami duduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Stadium Kuala Selangor selama 21 hari. Jenguk kami pun tidak, hantar sekeping biskut atau beras pun tak. Orang kampung ni masih lagi bersabar," katanya lagi.
Tebatan baharu tidak kuat
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, terdapat beberapa tebatan banjir dikatakan telah dibina pihak kontraktor selepas kejadian banjir besar pada 2021.
Bagaimanapun, menurut penduduk, Shamsudin Hussain, 41, tebatan sementara itu dikhuatiri tidak mampu menahan limpahan air sungai berhampiran sekiranya cuaca buruk berlaku.
"Kami hendak dapat ban baharu, ini pampasan tak dapat, apa pun tak dapat lagi. Janji nak bagi itu dan ini, tapi tak dapat apa pun.
"(Pemimpin) mereka kena datang tengok, nak minta tolong siapa lagi kan? Kecewalah yang lama-lama pun sama saja semua," kata Shamsudin.
Arbain Ahmad, 74, turut melahirkan rasa kecewa. Meskipun bersyukur bantuan disalurkan oleh kerajaan negeri, namun dakwanya tiada pampasan diberi oleh pihak kontraktor.
"Peti ais, dapur rumah semua rosak. Air itu dah naik lima kaki, naik lagi dua kaki tingginya. Semua rumah dah sama paras air; di belakang rumah saya air menderu masuk.
"Ban-ban banjir yang ada semua pecah masa itu, nak buat apa lagi dah? Tak pernah berlaku, tapi kali ini sebab buat lebuh raya itu lah," katanya.
Buka meja rundingan
Bagi penduduk, meja rundingan sentiasa dibuka untuk berbincang bersama pihak kontraktor akan keluhan mereka.
Namun sehingga kini, dakwa Mohamad, keluhan penduduk dakwanya tidak dilayan, dan mereka hanya dijanjikan RM100 sebagai pampasan kerugian ditanggung penduduk.
"Memang tak adil, dia (kontraktor) nak buat untung berbilion-bilion, apa kami dapat? Kemusnahan.
"Selama ini, tak buat lebuh raya kita tak kejadian macam ni. Kalau banjir setakat buku lali, tak adalah sampai begini kemusnahan harta benda kami.
"Paling minimum kerugian RM20,000 satu penduduk," katanya.
Rintihan penduduk Kampung Asahan
Ini suara rakyat dari Kampung Asahan di Kuala Selangor yang mahukan rintihan mereka diberi perhatian kepada pemimpin yang akan dipilih pada 12 Ogos nanti.
Bukan semata-mata selesa ditampuk kuasa, sebaliknya lihat dan rasailah masalah dihadapi penduduk agar terbela nasib setiap rakyat di kawasan ini.
Astro AWANI sedang mendapatkan komen daripada pihak bertanggungjawab berhubung isu ini.
Fareez Azman
Fri Aug 04 2023
Arbain Ahmad menunjukkan kesan banjir besar yang melanda kampung itu pada Disember 2021. -Astro AWANI
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Pembinaan WCE bukan punca banjir di Kampung Asahan
Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Kampung Asahan, Kuala Selangor bukan penyebab banjir besar yang melanda kampung itu pada 19 September 2021.
PRN Selangor: 'Bina lebuh raya untung berbilion, kami dapat kemusnahan' - Penduduk Kg Asahan
Penduduk amat kecewa dengan tindakan kontraktor pembinaan lebuh raya terbabit yang didakwa cuai memotong tebatan banjir sehingga menyebabkan banjir besar pada Disember 2021.